Seseorang telah memohon kepada Hazrat ‘Aishah r.anha, “Ceritakan kepadaku apakah perkara yang aneh yang kamu lihat pada diri Rasulullah s.a.w?
Rasulullah s.a.w Bersolah Sepanjang Malam
Beliau menjawab,”Adakah perkara yang tidak aneh pada diri Rasulullah? Setiap perkara yang dilakukan oleh Baginda s.a.w ialah aneh. Pada suatu hari, Baginda s.a.w telah pulang pada waktu malam dan terus berbaring di sisi saya. Kemudian Baginda s.a.w bersabda,”Biarkanlah aku. Aku ingin beribadat kepada Tuhanku.”
Setelah berkata demikian Baginda s.a.w terus berdiri bersolah dan Baginda s.a.w mula menangis sehingga air mata membasahi dada Baginda s.a.w. Kemudian Baginda s.a.w rukuk. Dalam rukuk pun Baginda s.a.w terus menangis. Kemudian Baginda terus sujud. Dalam sujud pun demikian juga, Baginda terus menangis. Setelah bangun dari sujud pun Baginda masih menangis, sehinggalah Hazrat Bilal datang melaungkan azan.
Saya telah bertanya, ‘ Ya Rasulullah, tuan menangis begitu banyak sekali sedangkan tuan ialah maksum-segala dosa dahulu dan sekarang(kalau ditakdirkan ada sekali pun) telah diampunkan Allah. Baginda menjawab, “ adakah tidak patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”. Selepas itu Baginda bersabda, “Betapa tidak aku melakukan demikian sedangkan hari ini ayat-ayat ini telah diturunkan kepadaku: [ Surah Ali-‘Imran: 190&191] yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi serta pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang2 yang menyebut dan mengingati Allah s.w.t semasa mereka berdiri dan duduk dan (semasa) mereka baring mengiring dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata), “Wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau. Maka peliharalah kami dari azab neraka.”
Terdapat dalam beberapa hadith bahawa Rasulullah s.a.w bersolah begitu lama sehingga kaki Baginda menjadi bengkak kerana terlalu lama berdiri. Orang ramai bertanya, “ Ya Rasulullah, tuan begitu bertungkus-lumus sedangkan tuan sudah diampunkan?” Baginda bersabda, “Tidakkah patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?” : [Bukahari]


begitulah kehebatan Allah dan dapat kita lihat sekarang ini apabila brlakunya Gerhana Bulan dan Gerhana matahari..subhanallah
ReplyDeleteRasulullah yang Ma'som tapi masih menangis memohon sesuatu dan menangis kerana bersyukur..bila dapat ku rasa nikmat menangis kerana Allah
ReplyDeletemudah-mudahan ahli Persatuan sentiasa bersyukur ata nimat Allah selama ini..Ameen
ReplyDelete