Mujahid rah. Meriwayatkan keadaan Hazrat Abu Bakar dan Hazrat ‘Abdullah bin Zubair bahawa apabila mereka bersolat, mereka berdiri seolah-olah sebatang kayu yang terpacak. [Tarikh Khulafa’] iaitu tiada sebarang pergerakan langsung.
Para ulama menulis bahawa Hazrat ‘Abdullah bin Zubair r.anhuma belajar solah daripada Hazrat Abu Bakar r.hu sementara Hazrat Abu Bakar r.hu belajar daripada Nabi s.a.w sendiri maka kedua-duanya telah bersolah cara Nabi s.a.w. Hazrat Thabit berkata, ‘ Keadaan Hazrat ‘Abdullah bin Zubair r.anhuma bersolah seumpama sebatang kayu yang terpacak di suatu tempat.
Pada suatu hari, semasa beliau sedang bersolah, anaknya yang bernama Hashim sedang tidur berhampiran dengan beliau. Seekor ular telah jatuh dari bumbung dan membelit anaknya. Anak it uterus menjerit. Seluruh ahli rumah datang berkejaran dengan hingar-bingar. Mereka telah membunuh ular tersebut. Sementara Hazrat’ Abdullahbin Zubair masih meneruskan solahnya dengan tenang. Setelah member salam beliau berkata, “Kedengaranmacam bunyi bising, apa yang berlaku?”. Isterinya menjawab, “Semoga Allah merahmati kamu, nyawa anak kamu hamper melayang tetapi engkau tidak sedar pun.”
Beliau berkata, “Nahas kau, sekiranya dalam solah, seseorang itu member tumpuan kepada sesuatu yang lain, bukanlah solah namanya.”[Muntakhab Kanz].


Itulah hebatnya sahabat2 Rasulullah s.a.w dan bersyukur kita semua masih tidak meninggalkan solat..Insyallah
ReplyDeleteaku ni kena git nyamuk pun dah tak leh tahan..tanda tk khusyuk ler tu kan
ReplyDeletebukan tak cuba untuk sentiasa khusyuk..tapi ada ajer gangguan terutama akan perkara duniawi..frust tul
ReplyDeletekalau aku ..entah la..tak cukup khusyuk..ular aku memang ...perghh geli..
ReplyDelete