Assalamualaikum

Followers

Monday, 13 June 2011

ANDA BERKEHENDAKKAN KEKASIH YANG MELINDUNGI ANDA SETIAP MASA?


Dalam hidup yang perlu dilengkapi dengan ibadat, solat merupakan ibadat yang paling penting. Nabi saw bersabda, “SOLAH IALAH PEMBEZA ANTARA ISLAM DAN KUFUR.”

Firman Allah Terhadap Orang Yang Memperbanyak Solat Sunat

Allah berfirman (dalam hadith qudsi), “ Sesiapa yang memusuhi wali2Ku maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya. Tiada siapa yang dapat menghampiri Aku kecuali dengan apa yang Aku telah fardhukan, (Yakni, penghampiran kepada Allah paling banyak dapat dihasilkan dengan menunaikan segala amalan fardhu). Dengan perantaraan amalan sunat seseorang hamba itu akan berterusan dapat menghampiriKu sehingga Aku menjadikannya kekasihKu. Kemudian Aku akan menjadi telinganya yang dia mendengar dengan telinga itu. Aku akan menjadi matanya, yang dia melihat dengan mata itu. Aku akan menjadi tangannya yang dia memegang dengan tangan itu. Aku akan menjadi kakinya yang dia berjalan dengan kaki itu. Sekiranya dia meminta sesuatu daripadaKu pasti Aku tunaikan dan sekiranya dia meminta perlindunganKu terhadap sesuatu pasti Aku akan melindunginya.” [Jam’ul-Fawaid]

Keterangan

Maksud ‘menjadi mata dan telinga…..’ ialah penglihatan , pendengaran dan pergerakannya akan mengikut kesukaan Allah dan tidak ada satu perkara pun yang akan berlaku bertentangan dengan keredhaan Allah. Alangkah bertuahnya mereka yang mendapat taufiq untuk memperbanyak amalan sunat setelah menunaikan amalan fardu dan seterusnya mendapat kelebihan ini. Semoga Allah dengan limpahanNya, mengurniakan kelebihan ini kepada kita semua.

2 comments:

  1. tiap kali usaha untuk mendekati Allah, semakin banyak dugaan dan ujian diberi

    ReplyDelete
  2. alangkah bermakna hidup ini jika kita dapat merasai setiap saat rasa rindu kepada Allah..marilah kita sama2 berusaha mencari rasa itu dengan menjadikan hadis di atas sebagai panduan..Insyaallah

    ReplyDelete