Assalamualaikum semua kepada pembaca posting pertama aku. Salam perkenalan ku ucapkan kepada yang sudi melayari blog ku ini. Untuk posting pertama ini biarlah aku menceritakan tentang blog ku yang tak secanggih mana namun akan ku cuba perbaiki. Sememangnya aku amat rugi apabila memikirkan waktu2 yang telah berlalu kerana memikirkan kecilnya sumbangan aku terhadap agama, bangsa dan negara. Aku salah dalam mentafsirkan ertikata sebenar apa itu ‘sumbangan’..dimana sumbangan yang nampaknya kecil dan diambil ringan rupa-rupanya ia membawa kepada satu tanggungjawab yang amat besar, terutamanya dalam menyambung usaha-usaha Rasulluallah dan para sahabat Rasulluallah s.a.w dalam berdakwah mengembangkan syiar Islam. Teringat aku akan kata-kata idolaku, Tun Dr. Mahathir bahawa kita masih ada tanggungjawab yang belum selesai. Apa yang aku faham..yang belum selesai itu ialah berdakwah iaitu menyampai dan menyebar Syiar Islam. Kalau ini usaha Nabi s.a.w, sebagai umatnya aku kena ikuti usahanya. Dengan itu melalui blog ku ini, aku berharap kita semua dapat menjalani kehidupan sebenar iaitu kehidupan dan amalan cara Rasulluallah s.a.w melalui pembacaan dan penyampaian hadis –hadis nanti..insyaallah. Mudah-mudahan Allah terima ibadah kita ini..Ameen. Sekiranya ada hadis –hadis yang kita kurang fahami..aku amat menghargai jika para pembaca dapat merujuk kepada ustaz2 anda untuk tujuan kefahaman dan seterusnya dapat dikongsi bersama dan sampaikanlah apa yang anda baca pada keluarga dan rakan-rakan kerana ianya satu ibadah..Insyaallah.


Diucapkan selamat maju jaya dan sentiasa mendapat rahmat Allah dalam meyampaikan Syiar Islam
ReplyDelete