Assalamualaikum

Followers

Saturday 10 December 2011

Sayu Rasa Hati Dengan Firman Allah Ini



Gambar-Gambar Sekadar Hiasan

Bersediakah kita sebenarnya dalam mendukung bebanan erti keikhlasan? Ikhlas dalam ertikata tiada campuran lain dan ia hanya semata-mata atau dengan sengaja. Sengaja kerana Allah belaka, tidak mendustai diri dangan kata-kata 'kerana Allah'..padahal dalam hati bersarang mahu dipuji, kerana mencari nama dan lain-lain. Ikhlas itu tidak dapat dipisahkan dari siddiq atau benar. Maka itu lahir nya ungkapan 'tulus ikhlas' @ 'telus ikhlas'. Orang yang mulutnya mengaku 'benar', tetapi hatinya berdusta, dia termasuk dalam golongan pendusta.
Dalam mengakui kesilapan dan menzalimi diri seseorang lantas menerima kemaafan dari individu yang disalaherti dan dizalimi, kedua pihak ini tidak dapat lari dari pangkal hati yang menuntut 'benar dan ikhlas' semata-mata kerana Ilahi. Mengakui kesilapan dan memberi kemaafan pastinya membersihkan diri dari kehinaan diri. Bukankah kedua-duanya bersangkut dengan EGO. Tingginya ego itukan.. hina. Namun mahukah kita menyucikan diri dengan sengaja 'benar dan ikhlas' kerana Allah setelah harga diri ini dicabuli dan dikhianati? Mahukah kita dihadapan Allah dengan kata-kata 'aku akui kesilapan atau aku maafkan', lantas Allah berfirman: 'Engkau dusta!'. Malaikat yang ada juga berkata: 'Engkau dusta!'.
Maka keikhlasan yang benar dalam erti 'kemaafan' amat penting pengakuannya di pangkal hati. Dalam kehidupan di dunia ini ianya jika dicapai bakal mententeramkan jiwa ini kerana bersih dari emosi marah dan dendam. Tidak hairanlah jika ada yang mengamalkan sebelum tidur dimaafkan semua orang yang menyakiti dan menganyai dirinya agar perolehi jiwa yang tenang dan tenteram untuk tidurannya.

Anas Radiyallahuan mengkhabarkan, bahawa pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Bahawa Allah berfirman maksudnya;

"Hai Bani Adam, selama engkau berdoa dan berharap terhadap-Ku, Aku ampunkan bagimu apa yang telah terjadi daripada kamu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya."

"Hai Bani Adam, andaikan dosamu memuncak ke langit, kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan bagimu dan tidak Aku hiraukan betapa banyaknya."


"Hai Bani Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu pun nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan."


http://baikiminda.blogspot.com/2010/01/perlunya-memaafkan-kesalahan-orang-lain.html

Allah itu Maha Pengampun. Sedia memaafkan hambaNya selagi tidak menyengutukanNya. Pengajaran yang membawa kesan  bermakna dalam kehidupan yang penuh dugaan ini melalui hadis di atas iaitu jiwa yang tenang dalam menghadap Allah di kehidupan yang kekal abadi. Memang dosa atau kesalahan sesama manusia perlu diselesaikan di dunia ini. Namun, siapalah kita ini di sisiNYA kalau nak dibandingkan berdasarkan hadis di atas. Moga-moga ini juga menjadi peringatan untuk diri saya sendiri dan para pembaca.



8 comments:

  1. memang banyak halangan dan dugaan dalam kita ingin melakukan perkara yang baik seperti yang agam suruh...bersabar

    ReplyDelete
  2. Sayang Allah pada diri kita ini amat patut kita syukuri moga jangan diulang dosa yang lepas

    ReplyDelete
  3. tak semestinya Hari Raya baru kita nak bermaafan. Hari2 maafkan orang itu lagi bagus

    ReplyDelete
  4. mkcik ruby..untuk merasa nikmatnya iman..memang perlu diuji..:)

    ReplyDelete
  5. Mr. Seng..mudah2an Allah terima taubat hamba2nya

    ReplyDelete
  6. Hj.tukir..betul tu, agar kita perolehi ketenteraman jiwa dan memadamkan sifat dendam..Itu yang Allah anjurkan..:)

    ReplyDelete