Assalamualaikum

Followers

Friday 23 December 2011

Sebab kata "KALAU" Iman Bisa "KACAU"

Gambar - Sekadar Hiasan

Andaikata..Kalaulah..Patutnya..dan berbagai kata-kata lain yang selalu dan acapkali kita lafazkan jika terjadi sesuatu. Ianya akan terpacul keluar seandainya musibah yang berlaku atau menimpa. Adapun tulisan ini untuk peringatan diri juga.
Kalau lah aku tak lalu situ..mesti tak masuk parit. Kalaulah aku tak bagi main kat situ..panjang lagi umur budak tu. Patutnya kamu jangan naik motor..naik ajerlah kereta tak da lah macam ni punya teruk patah riuk. Ini lah ayat-ayat yang selalu kita ucapkan. Kalau semasa melibatkan diri dalam industri broker @ saham BSKL..teringat akan satu akaun iaitu "Akaun Kalau"..:)..Ucapannya begini..Kalaulah aku beli saham ni..sure dah dapat RM1000. Kalau le tahu aku tak jual..kan profit dapat cuma RM100. Itulah 'akaun kalau'.
Sesungguhnya Allah telah menggerakkan diri ini untuk memahami ayat2Nya, lantaran membuat diri ini begitu berdosa dan mudah-mudahan diampunkan. Marilah kita hayati terjemahan ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu seperti orang-orang kafir yang mengatakan pada saudara2nya apabila mereka mengadakan perjalanan di bumi atau berperang, ' Sekiranya (kalaulah) mereka tetap bersama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh.' (Dengan perkataan ) yang demikian itu, kerana Allah hendak menimbulkan rasa penyesalan di hati mereka. Allah menghidupkan dan mematikan, dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [ Ali 'Imran : 156]
Begitulah amaran dan peringatan Allah terhadap hambaNya akan segala yang telah berlaku di bawah kekuasaanNya dan takdirNya. Maka itulah pentingnya tentang keyakinan hati pada Allah untuk peroleh petunjuk dariNya sebelum kita melakukan sesuatu. Jikapun kita ini manusia biasa beranggapan sudah peroleh petunjuk namun tetap berlaku, sebagai hambaNya..itu semua untuk menguji iman kerana Allah lebih mengetahui isi hati hambaNya, berupa kebaikan ataupun keburukan, iman atau kekufuran, Allah mencatatkannya, sehingga mereka diberi balasan yang sesuai.
Allah mengingatkan hambaNya perlu akan keyakinan tinggi dan penuh kepadaNya (beriman)..kerana pasti Allah tidak akan mengecewakan hamba2Nya melalui ayat berikutnya:
" Dan sungguh, sekiranya kamu gugur di jalan Allah atau mati ( meninggal di jalan Allah bukan kerana peperangan), sungguh, pastilah ampunan Allah dan rahmatNya lebih baik ( bagimu ) daripada apa ( harta rampasan ) yang mereka kumpulkan." [ Ali 'Imran : 157 ]
Moga kita semua beroleh petunjuk Allah..ameen.



No comments:

Post a Comment